Wednesday, October 28, 2009

berserabut ni....

ari nie aku tak buat ape2 pun,cuma kemas2 umah and pkl1 jemput anak2 dari sekolah,biasalah itu le rutin harian ku.walau sesibuk mana pun aku cuba juga untuk menulis ni mudahan dapat tenangkan hati yang berserabut memikirkan hal2 sekeliling.mgkn aku perlu pergi ke suatu tempat yang dapat tenangkan hati yerrr...kemana hah?

Friday, October 23, 2009

dikelewatan ini....

oct24.2009,terasa terlalu lama aku tak menulis di ruangan ni,bukan ape banyak perkara yang tertunda oleh keadaan semasa dan problem yang membuatkan jadi tertunda.rindukan suami yang jauh di middle east,abu dhabi.sudah 6 bulan suamiku berada di sana,tapi aidilfitri yang lalu dia pulang bercuti di sini.terubat rinduku dan anak2.dan kesempatan itu kami gunakan sebaik mungkin untuk bercuti ke penang ,salah satu destinasi yang sentiasa kami ingin lawati.selepas 3 minggu berada di malaysia,suami ku sudah kembali bertugas.aku biasalah dengan rutin harian menguruskan segala keperluan anak2 dan rumahtangga.sibuk?????hanya allah yang tau rutin harian ku yang bermula seawal jam6 pagi.menyiapkan segala keperluan sekolah anak2.tapi cuma buat sementara ini.pengorbanan untuk melihat anak2 menghabiskan persekolahan dulu yang penting bagi ku.semoga pengorbanan ku ini membuahkan hasil kejayaan dari anak2ku....insyaalllah.

Wednesday, April 1, 2009

2 hari lagi....

dua hari lagi kami akan berangkat ke KL,nenaiki MAS pkl2.45pm.sekarang masih duduk di hotel PARKCITY EVERLY,BINTULU.tak sabar rasanya untuk mencapai 2 hari lagi.hari terasa lambat berjalan.anak2 sudah tak ke sekolah lagi sebab semua dah di hantar semalam.buku2 teks.macam ni lah susahnya berpindah macam2 nak di atur,
sekolah,barang2 rumah,kereta motor and macam2 lagi lah.dan kat kl pulak kena lagi uruskan sekolah and barang2 sampai pulak.....hai...mengeluh juga mana lagi suami makin dekat hari untuk berangkat ke UAE,mudahan allah permudahkan segala urusan ku amin...buat kawan2 kat bintulu terima kasih atas segala budi baikmu moga allah melipat gandakan ganjarannya.selamat jalan BINTULU MOGA SUATU HARI NANTI AKU AKAN BERPIJAK LAGI DI SINI.insyaallah jika di panjangkan umur.

Friday, March 20, 2009

syukur alhmdllah.




yahooo....syukur akhirnya tiba jua saat yang di nanti-nantikan kami sekeluarga.pagi tadi agent borouge dari indonesia call hubby i .visa untuk my hubby dah sedia dan my hubby dijangkakan akan berangkat ke abu dhabi pada april10.jadi masanya dah semakin suntuk untuk kami sekeluarga bersama,tapi untuk sementara saja.sekarang kami cuma menunggu perumahan di ruwais siap.bila saat genting macam ni stress makin bertambah,tapi aku harus menangani dengan bijak supaya tidak memakan diri.dan....saat aku dan keluarga tinggal di sarawak akan berakhir jua...sad..sad..sa..d tapi siapa yang boleh lupa kenangan indah di sini.jarang orang lain dapat merasai saat berpindah-randah dan dapat merasai budaya di tempat orang.selamat datang UAE....!SAAT -SAAT INI KU NANTIKAN.....!

Sunday, March 15, 2009

saat-saat menunggu ni....!!!!

hari makin suntuk dah....2 minggu lagi saya dan keluarga semua akan berpindah ke kuala lumpur kembali.rasa tak sempat nak kemas and shopping crafttangan,untuk kenangan bila dah balik kesana kelak.walaupun tak seindah tempat kita tapi sedih juga nak meninggalkan bintulu.bintulu tetap dalam kenanganku.kalau ada masa aku and family akan datang lagi....!

Saturday, March 14, 2009

Friday, March 13, 2009