Wednesday, April 27, 2011

kehidupan mengajar kita....

hari demi hari ku tempuhi kehidupan yang penuh dengan pancaroba,namun ku tabah dalam setiap ujian dan dugaan yg datang menggapai..alhamdulillah semua nya berjalan seperti yg di rancangkan''bak kata pepatah ''hidup adalah perjuangan dan harus melaluinya dengan penuh tabah''
bukan sedikit cubaan yg datang di saat aku melalui tempoh2 kehidupan ini..tapi hanya pada allahS.W.T tempat untuk ku meluahkan semua rasa hati...kadangkala sedih dan kadangkala pahit tapi yang membuat aku lebih bahagia itu adalah kegembiraan..alhamdulillah..amin.punya suami yg amat memahami dan punya anak2 yg ku kasihi.. dan kawan2 yg membuat aku ketawa dan sedih bersama...!

Search : Andai Ku Miliki Semalam (HQ Audio)

Thursday, October 28, 2010


sudah hampir..4 bulan aku menetap di adnoc housing,abu dhabi.untill now everything is ok,best sangat.yg penting family ada bersama..alhamdulillah aku boleh melalui keadaan ini dan akan teruskan ....dah lama x buka blog ni coz busy la sikit jea...layan fb ..anak2 pun boleh melalui keadaan di sini,alhamdulillah..nnt sambung lg ...:)

Saturday, January 30, 2010

sudah lama x menulis blog ni...

rasanya dah lama x menulis dlm laman blog ni tp x kesempatan...biasa la busy dengan kerja2 harian dan urusan bank yang harus selesai sebelum saya dan anak2 ke abu dhabi untuk menetap disana.urusan rumah dan anak2 untuk ke asrama sebelum saya berangkat kelak.sedih juga hati nak tinggalkan anak2 berseorangan di sini tp apakan daya lagi terpaksalah.tp anak2 pun paham dengan keadaan mak dan ayah mereka berjauhan nnt.tapi kami akan pulang sekerap mungkin untuk jengok anak2 yg belajar di sini.bukan mudah untuk berpisah dari anak2 kerana selama ini kami tidak pernah berpisah lama,jauh bukan penghalang untuk anak2 datang menziarahi kami ketika mereka cuti penggal persekolahan.tahun ni adalah satu cabaran kerana kedua-dua anak akan menduduki peperiksaan penting.semoga mereka berusaha bersungguh untuk berjaya.

Wednesday, November 4, 2009

hujan gerimis di pagi hari...


dari seawal pagi....hujan dah turun.alahai sejuk tak terkata,ngantuk mula datang,lelap jap tadi lepas hantar anak2 ke sekolah.suasana pun nyaman sangat,nampak bukit2 batu kapur berhampiran rumahku berkabus yea bukan jerebu.udara pagi yang sihat untuk beriadah tapi....hujannnnnn jadi tak la dapat nak hirup udara segar di luar.hanya duduk dalam rumah je la sambil melayan internet.udara macam kat cameron highland le pulak hari ni.kawasan rumah ku pun sudah berdekatan dari jalan ke sana..pg cameron memang best untuk orang yang nak honeymoon la....ok stop dulu.nak mandi pun malas ni kesejukan padahal hari dah dekat pukul 12.

Wednesday, October 28, 2009

berserabut ni....

ari nie aku tak buat ape2 pun,cuma kemas2 umah and pkl1 jemput anak2 dari sekolah,biasalah itu le rutin harian ku.walau sesibuk mana pun aku cuba juga untuk menulis ni mudahan dapat tenangkan hati yang berserabut memikirkan hal2 sekeliling.mgkn aku perlu pergi ke suatu tempat yang dapat tenangkan hati yerrr...kemana hah?

Friday, October 23, 2009

dikelewatan ini....

oct24.2009,terasa terlalu lama aku tak menulis di ruangan ni,bukan ape banyak perkara yang tertunda oleh keadaan semasa dan problem yang membuatkan jadi tertunda.rindukan suami yang jauh di middle east,abu dhabi.sudah 6 bulan suamiku berada di sana,tapi aidilfitri yang lalu dia pulang bercuti di sini.terubat rinduku dan anak2.dan kesempatan itu kami gunakan sebaik mungkin untuk bercuti ke penang ,salah satu destinasi yang sentiasa kami ingin lawati.selepas 3 minggu berada di malaysia,suami ku sudah kembali bertugas.aku biasalah dengan rutin harian menguruskan segala keperluan anak2 dan rumahtangga.sibuk?????hanya allah yang tau rutin harian ku yang bermula seawal jam6 pagi.menyiapkan segala keperluan sekolah anak2.tapi cuma buat sementara ini.pengorbanan untuk melihat anak2 menghabiskan persekolahan dulu yang penting bagi ku.semoga pengorbanan ku ini membuahkan hasil kejayaan dari anak2ku....insyaalllah.