dua hari lagi kami akan berangkat ke KL,nenaiki MAS pkl2.45pm.sekarang masih duduk di hotel PARKCITY EVERLY,BINTULU.tak sabar rasanya untuk mencapai 2 hari lagi.hari terasa lambat berjalan.anak2 sudah tak ke sekolah lagi sebab semua dah di hantar semalam.buku2 teks.macam ni lah susahnya berpindah macam2 nak di atur,
sekolah,barang2 rumah,kereta motor and macam2 lagi lah.dan kat kl pulak kena lagi uruskan sekolah and barang2 sampai pulak.....hai...mengeluh juga mana lagi suami makin dekat hari untuk berangkat ke UAE,mudahan allah permudahkan segala urusan ku amin...buat kawan2 kat bintulu terima kasih atas segala budi baikmu moga allah melipat gandakan ganjarannya.selamat jalan BINTULU MOGA SUATU HARI NANTI AKU AKAN BERPIJAK LAGI DI SINI.insyaallah jika di panjangkan umur.
Wednesday, April 1, 2009
Friday, March 20, 2009
syukur alhmdllah.
yahooo....syukur akhirnya tiba jua saat yang di nanti-nantikan kami sekeluarga.pagi tadi agent borouge dari indonesia call hubby i .visa untuk my hubby dah sedia dan my hubby dijangkakan akan berangkat ke abu dhabi pada april10.jadi masanya dah semakin suntuk untuk kami sekeluarga bersama,tapi untuk sementara saja.sekarang kami cuma menunggu perumahan di ruwais siap.bila saat genting macam ni stress makin bertambah,tapi aku harus menangani dengan bijak supaya tidak memakan diri.dan....saat aku dan keluarga tinggal di sarawak akan berakhir jua...sad..sad..sa..d tapi siapa yang boleh lupa kenangan indah di sini.jarang orang lain dapat merasai saat berpindah-randah dan dapat merasai budaya di tempat orang.selamat datang UAE....!SAAT -SAAT INI KU NANTIKAN.....!
Sunday, March 15, 2009
saat-saat menunggu ni....!!!!
hari makin suntuk dah....2 minggu lagi saya dan keluarga semua akan berpindah ke kuala lumpur kembali.rasa tak sempat nak kemas and shopping crafttangan,untuk kenangan
bila dah balik kesana kelak.walaupun tak seindah tempat kita tapi sedih juga nak meninggalkan bintulu.bintulu tetap dalam kenanganku.kalau ada masa aku and family akan datang lagi....!
Saturday, March 14, 2009
Friday, March 13, 2009
Tuesday, March 10, 2009
MAULIDURRASUL 1430HIJRAH!
12 rabiulawal tercatat dalam sejarah sempena kelahiran junjungan besar kita NABI MUHAMMAD SAW.hari dimana umat islam seluruh dunia untuk mengingati hari kelahiran baginda rasulullah SAW,mengingati dan menghayati kasih seorang rasul terhadap umatnya.hanya bagi yang betul-betul menghayati dapat merasai kebesaran,kemuliaan dan sifat agung baginda.marilah kita sama-sama berselawat keatas baginda rasulullah SAW.juga mengingati perjuangan baginda dalam menegakkan syiar islam.walaupun sudsah 13 abad berlalu,sinar islam yang suci,sirah junjungan baginda tetap segar di sanubari insan bergelar muslim.semakin berkembang walaupun arus kemodenan kini.NABI MUHAMMAD ADALAH MODEL CONTOH bagi umat islam.berbudi pekerti dan berakhlak mulia.
Monday, February 23, 2009
permata hatiku...!
anak-anak adalah anugerah dari allah swt.sebagai ibubapa kita mesti mendidik mereka supaya menjadi insan yang lebih berguna untuk agama,bangsa dan negara.kadang2 kita sebagai ibubapa leka dengan segala macam pekerjaan sehingga kita alpa terhadap anak2 yang meningkat remaja.tapi kita sebagai ibubapa haruslah memperuntukkan sedikit masa untuk bersama anak-anak supaya mereka tidak merasa terbiar tampa di pedulikan ibubapa .dugaan hari ini yang makin mencabar dengan bermacam -macam gejala negatif yang berada di sekeliling mereka,kalau tidak ada yang menanganinya maka anak-anak akan terus terjebak kedalam kancah dunia hitam ini.kalau nak sebut banyak gejala-gejala yang sedia ada tapi tidak dapat ditangani hinga hari ini.tapi akhir-akhir ini gejala yang merisaukan ialah gejala sosial ,anak-anak remaja terjebak dengan hubungan terlarang,buang bayi dimerata-rata yang ku lihat di dada akhbar.sedih ,pilu hati melihat bayi yang tak berdosa di buang dan dicampak kedalam mangkuk tandas,tong sampah dan sebagainya.mungkin pihak-pihak berwajib harus memperkuat kuasaan keatas segala- yang bersangkutan.harus menangani dengan lebih kuat lagi.sehingga sesiapa saja tidak lagi berani membuat sesuatu dengan sewenang-wenangnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)






